in , , ,

Zlatan Ibrahimovic Mempersoalkan Kenapa Game FIFA Ada Nama, Wajahnya Tanpa Kebenaran

Bintang bola sepak dunia yang cukup terkenal dengan lagaknya itu kini telah memulakan satu persoalan yang cukup hangat dibincangkan oleh orang ramai.

Zlatan Ibrahimovic melalui Twitternya telah mempersoalkan mengapa nama dan wajahnya digunakan dalam francais game FIFA yang dibangunkan oleh EA Sports. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atau Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro) untuk mengaut keuntungan atas namanya.

“Saya tak pernah tahu saya merupakan ahli FIFPro dan sekiranya ya [ahli FIFPro], saya telah diletakkan dalamnya [FIFPro] tanpa sebarang pengetahuan saya melalui suatu gerakan yang pelik,” ujar pemain berasal Sweden itu.

“Seseorang sedang mengaut keuntungan melalui nama dan wajah saya tanpa sebarang perjanjian dalam tahun-tahun ini. Masa untuk menyiasatnya.”

Antara bintang bola sepak lain yang turut membalas tweet Ibrahimovic itu ialah Gareth Bale. Pemain sayap asal Wales itu berkata, “Menarik… apa itu FIFPro?,” sambil meletakkan hashtage #TimeToInvestigate (Masa untuk menyiasat).

EA telah mengeluarkan kenyataan tentang persoalan ini. Bercakap kepada Eurogamer, EA menyebutkan:

“EA Sports FIFA adalah game bola sepak terkenal di dunia, dan untuk mencipta pengalaman sebenar saban tahun kami bekerja dengan pelbagai liga, pasukan dan bakat individu untuk mendapatkan hak-hak persamaan pemain untuk dimasukkan ke dalam game kami.

“Salah satu daripadanya ialah hubungan jangka-panjang dengan perwakilan global pemain-pemain bola sepak profesional, FIFPro, yang telah bekerjasama dengan beberapa pelesenan untuk merundingkan perjanjian-perjanjian yang memberikan manfaat kepada para pemain dan persatuan mereka.”

Ogos lalu, EA Sports juga telah mengumumkan perjanjian eksklusif bersama AC Milan (kelab terkini Ibrahimovic) dan Inter Milan dalam FIFA 21 — secara langsung memberikan kebenaran kepada EA Sports untuk menggunakan logo, jersi, stadium dan para pemain kelab-kelab tersebut.

Penulis sendiri bukanlah arif tentang perkara ini dari aspek undang-undang. Maka sebab itu, menarik untuk kita ikuti perkembangan kes ini. Apakah dakwaan Ibrahimovic ini berasas atau beliau sebenarnya tidak ambil maklum tentang bagaimana lesen-lesen ini berfungsi?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Baru FIFA 21 Yang Ada Dua Lipa, Lewis Hamilton, Zinedine Zidane

Football Manager 2021 Diumumkan Untuk PC, Xbox, Switch, Mobile - Tiada Untuk PS4, PS5

Ejen Bola Sepak Pernah Cuba Merasuah Football Manager Untuk Naikkan Rating Pemain