Setiap yang naik pasti akan turun.
Sejak 11 bulan yang lalu, kita boleh katakan Fortnite adalah game yang paling popular di dunia. Ia bukan sahaja mendapat tempat di hati gamers, tetapi turut mendapat perhatian dari media global.
Namun, apakah kita sudah mula memasuki fasa kejatuhan game ini? Laporan terbaru ini kelihatan seperti itu.
Menurut firma penganalisis industri gaming, SuperData, Fortnite sudah melepasi fasa kemuncaknya. Laporan pendapatan gaming untuk bulan Julai 2018 yang dikeluarkan SuperData menunjukkan yang pendapatan Fortnite hanya meningkat sebanyak 2 peratus dari pendapatan untuk bulan Jun 2018.
Perkembangan pendapat tersebut hanya bersifat sederhana walaupun Epic Games telah melancarkan Season 5 (berserta Battle Pass) untuk Fortnite pada pertengahan bulan Julai.
Walaupun laporan tersebut menunjukkan yang Fortnite masih lagi berada di kedudukan teratas sebagai game paling menjana pendapatan tertinggi untuk platform konsol, perkembangan yang semakin perlahan ini secara tidak langsung telah membuktikan yang pendapatan mereka tidak lagi naik melambung seperti beberapa bulan sebelum ini.
Apa agaknya faktor menyebabkan pendapatan Fortnite yang semakin perlahan ini? Korang ada pendapat?
Comments
Loading…