PS5 akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 11 Disember ini. Kalau kita nampak ada pemain di Malaysia yang sudah memiliki PS5, itu merupakan set yang dibawa dari Singapura, Jepun atau mana-mana negara lain yang sudah dilancarkan set rasmi.
Dalam satu post di Facebook, pemuzik tersohor, Yunalis Zarai atau lebih mesra dengan panggilan Yuna telah mengumumkan yang beliau telah memiliki set rasmi PS5 untuk pasaran Malaysia yang pertama.
“Saya teruja dan sangat bertuah dapat bekerjasama dengan PlayStation Asia,” kata Yuna. “Tak sabar untuk berkongsi lebih banyak kandungan bersama peminat-peminat saya, jadi nantikan ruangan ini!”
Yuna mempunyai channel Twitch sendiri, yang mana di channel tersebut beliau ada membuat livestream bermain The Last of Us Part II bersama suaminya, Adam Sinclair, selain turut membuat beberapa persembahan nyanyian secara live di channel itu.
Apakah kandungan yang bakal disajikan melalui kerjasama promosi ini antara Yuna dan PlayStation Asia? Sama-sama kita nantikan.
Comments
Loading…