YS Seven, siri ke-7 bergenre JRPG yang kebanyakkan orang ramai tidak tahu atau terlepas pandang, akan berada di platform PC tidak lama nanti.

Dikeluarkan di platform PlayStation Portable (PSP) pada tahun 2010 yang lalu, YS Seven adalah siri pertama yang membawkan ke 3D. Versi PC ini pula ditambah dengan grafik HD, menyokong pelbagai controller, gerakan 60 frames-per-seconds, beserta beberapa pembetulan dari beberapa bug. Di sini anda boleh melihat screenshot beserta trailer pemgumuman YS Seven versi PC ini.

YS Seven akan dilancarkan di platform PC melalui Steam, GOG dan Humble Bundle Store pada 30 Ogos. Perlu diingatkan bahawa pada 1 minggu selepas YS Seven dilancarkan, akan ada pemotongan 10 persen dari harga asal beliau, USD25 (anggaran RM90-100).

JomKomen!