in , , , , , , ,

Youtuber Yang Sebelum Ini Meniriskan Battlefield 1, Kata Battlefield Tahun Depan Adalah Bad Company 3

Battlefield akan datang sudah semakin rancak untuk diperkatakan.

Selain game-game utama Battlefield, siri Bad Company merupakan satu spin-off yang sangat digemari oleh para peminat. Malah, boleh dikatakan kita lebih menyukai siri Bad Company daripada siri-siri utama Battlefield.

Jalan cerita yang mantap, gameplay yang lebih fokus kepada infantri, rekaan map yang lebih baik, dan destructions persekitaran yang menyeluruh adalah antara sebab mengapa Bad Company dan Bad Company 2 tetap berbekas dalam hati para peminat setia Battlefield. Sekuel kepada Bad Company 2, game yang dikeluarkan pada tahun 2010, sudah sentiasa menjadi permintaan tinggi pemain, dan kini mungkin kita ada sedikit harapan untuk menyaksikan siri ini kembali.

Laporan (atau mungkin khabar angin?) tentang Bad Company 3 ini pertama kalinya dilaporkan oleh seorang Youtuber AlmightyDaq. Apa yang menariknya tentang channel ini adalah ia hanya memuatnaik tiga video dan salah satu daripadanya ialah beliau melaporkan tentang Battlefield 1 beberapa bulan sebelum ia didedahkan secara rasmi oleh DICE.

Beliau telah melaporkan tentang Battlefield 1 yang boleh dikatakan sepenuhnya tepat – daripada judulnya, era Perang Dunia Pertama, senjata yang ada hinggalah kepada beberapa nama map yang masih digunakan sehingga sekarang.

Kini, beliau telah menyatakan bahawa beliau mempunyai maklumat daripada pihak dalaman yang mana beliau yakin bahawa judul Battlefield akan datang, yang telah disahkan akan dikeluarkan pada tahun 2018, adalah Bad Company 3. Tema yang akan digunakan pada kali ini adalah semasa dan selepas Perang Vietnam, hinggalah kepada era Perang Dingin.

Story campaign akan ditampilkan dalam game ini, membawakan pemain melalui konflik-konflik pada era itu, namun kata beliau ia tidak akan mengikut ketepatan sejarah. Melalui era yang dipilih, nampaknya karakter-karakter dari dua siri Bad Company sebelum ini tidak akan kembali.

 

Multiplayer pula akan mengembalikan map-map yang lebih kecil, tidak seperti Battlefield 1 atau Battlefield 4 yang membawakan map-map besar. Ia akan lebih kecil dan mengikut standard seperti Harvest Day dan Oasis dari Bad Company 2 dan Grand Bazaar dari Battlefield 3.

Conquest, Rush, Operations, dan mode-mode yang lebih kecil seperti TDM dan Domination juga akan dikembalikan. Selain itu- sekurang-kurangnya satu mode baru akan diperkenalkan, yang mana ia dikatakan akan menyerupai Squad Obliteration seperti yang pernah dibawakan ke dalam Battlefield 4.

Katanya lagi, pengubahsuaian senjata akan lebih dekat dengan Battlefield 4, dan kenderaan-kenderaan yang juga akan ada adalah kereta kebal, LAV dan helikopter.

Untuk kelas-kelas utama pula, katanya, kesemua  Assault, Engineer, Support, dan Recon adalah sama. Sistem Battlepack pula (loot box) mungkin akan dibawakan lagi, tetapi tiada perancangan untuk menambah microtransactions.

Beliau menyatakan bahawa DICE meletakkan satu sasaran gameplay yang tinggi untuk game akan datang ini. Ia sekurang-kurangnya akan didedahkan buat pertama kali semasa E3 2018, atau mungkin mengumumkannya lebih awal dari itu, sama seperti apa yang mereka lakukan semasa Battlefield 1.

Akhir sekali, beliau buat masa ini tiada maklumat tentang apakah tahap pembangunan game ini sekarang.

https://www.youtube.com/watch?v=P_J37XWsVog

Seperti biasa, kita tidak boleh mengambil dan mempercayai laporan ini bulat-bulat kerana ia masih jauh untuk didedahkan secara rasmi. Namun, memandangkan Youtuber ini mempunyai rekod yang agak baik, kita mungkin boleh sedikit tersenyum dengan harapan agar DICE benar-benar akan mengembalikan siri Bad Company.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gameplay God of War Akan Mengambil Masa 25-30 Jam Untuk Dihabiskan

PSX2017: Siri Uncharted Sudah Terjual Melebihi Daripada 40 Juta Salinan