Yang mana satu pilihan kalbu?
Henry Cavill selaku pelakon yang memainkan watak Geralt of Rivia di dalam siri Netflix itu mengakui meminati video game dan buku sumber asal francais tersebut. Beliau telah memainkan The Witcher 3: Wild Hunt (TW3) dan telah pun menjawab persoalan yang membelenggu pemain-pemain game tersebut – anda pilih Yennefer atau Triss?
Di dalam buku dan video game, Geralt melayan kedua karakter ini sebagai kekasih hati yang berbeza. TW3 memberikan korang peluang untuk memilih siapa yang akan akhirnya dipilih Geralt.
Di dalam satu temuramah di CCXP2019, Henry ditanya soalan tersebut, dan beliau menjawab beliau memilih Yennefer semasa memainkan game itu kerana, “bagaimana cerita game itu memaparkan perhubungan antara Geralt dan Yennefer” dan bagaimana ada “cinta hadir di situ”.
Walaupun beliau merasakan perhubungan Geralt dan Triss adalah sesuatu yang “berbeza namun berkuasa”, beliau merasakan hati Geralt tetap dipunyai Yennefer.
Maka bersoaraklah #TeamYennefer.
Siri Netflix The Witcher akan ke udara pada 20 Disember 2020 nanti.
Comments
Loading…