in , ,

Yeeha Games: Platform Game Mobile Baharu, Game Pertama Midgard Saga Dibuka Untuk Pra-Daftar

Sebuah platform game mobile baharu telah dilancarkan, digelar Yeeha Games.

Dalam kenyataan yang diedarkan, Yeeha Games dikatakan sedang membina sebuah ekosistem yang bukan sahaja menyajikan game-game berkualiti tinggi di seluruh dunia, malah turut menyediakan platform untuk para pencipta kandungan dan gamer untuk bersama-sama merasai pengalaman gaming baharu.

Yeeha Games telah bekerjasama dengan beberapa studio game untuk mencipta game-game berkualiti yang menghiburkan untuk sentiasa menarik minat para pemain.

Sesiapa yang mendaftar dengan Yeeha Games akan mendapat akses prioriti kepada semua game dalam ekosistem platform itu. Lebih menarik, sesuatu aset dalam sesebuah game itu boleh dipindahkan atau ditukar ke dalam game lain yang terdapat dalam ekosistem tersebut.

Game pertama yang dilancarkan dalam platform Yeeha Games adalah Midgard Saga, iaitu sebuah game kasual card-based RPG. Game ini dijadualkan akan dilancarkan sekitar September kelak.

Pra-pendaftaran untuk Midgard Saga sudahpun dibuka untuk para pemain tempatan di Apple App Store dan Google Play Store. Korang boleh juga layari laman web rasmi Midgard Saga untuk berpeluang mendapatkan cabutan bertuah.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Gameplay Rasmi GigaBash – Kini Dilancarkan Untuk PC, PS5 & PS4

Tencent Dilaporkan Mahu Menjadi Pemegang Saham Terbesar Dalam Ubisoft