Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menafikan dakwaan bahawa kementeriannya itu hanya menitikberatkan esports, mengabaikan kebajikan atlet-atlet kebangsaan lain.
“Saya sejujurnya tidak faham (tuduhan itu) kerana KBS tidak pun dapat peruntukan untuk esports, yang mendapatnya itu adalah MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation), sebuah agensi di bawah kementerian lain (Kementerian Komunikasi dan Multimedia).”
Dakwaan ini timbul apabila atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin telah memuatnaik satu post di Instagram yang mempersoalkan beberapa tindakan Syed Saddiq yang kelihatan seperti kurang berpihak kepada sukan konvensional.
Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada tahun lalu, kerajaan Malaysia memperuntukkan RM10 juta untuk pembangunan esports.