in , , , , , ,

Yap ‘xNova’ Jian Wei Sertai Senarai Top 100 Jutawan DotA 2 Dunia Dengan Kemenangan ~RM4.5 Juta!

Orang kaya baru xNova sertai Mushi, MidOne, ChuaN, Ah-Fu dan Ohaiyo!

Di grand finals The Internatonal 8 baru-baru ini pasukan OG DotA telah melakukan comeback paling sengit pernah kitorang saksikan.  ‘Topson’‘ana’‘7ckngMad’‘JerAx’ dan kapten ‘N0tail’ telah memenangi USD11,200,000 (~RM45,858,400) yang akan dikongsi sesama mereka.

Di pasukan lawan, LGD Gaming (PSG.LGD) yang bangkit melawan sengit memenangi pusingan ke-2 dan ke-3 bagaimanapun kecundang selepas prestasi mengejutkan dari OG di pusingan ke-4 dan ke-5. ‘Ame’, ‘Somnus’, ‘Chalice’, ‘fy’ dan ‘xNova’ terpaksa berpuas hati membawa pulang USD4,085,148 (~RM16,726,638.49) untuk dikongsi sesama mereka.

Jika dikira secara kasar, Yap ‘xNova’ Jian Wei, anak Malaysia yang juga ahli PSG.LGD di perlawanan grand finals tersebut – beliau sepatutnya membawa pulang USD1,110,343.34 (~RM4,546,300.81)!

Menurut laman web www.esportsearnings.com, kemenangan ini meletakkan xNova di tangga ke-54 dalam senarai Top 100 Jutawan DotA dunia!

Kedudukan ini hanya beberapa anak tangga di atas anak Malaysia lain iaitu Zheng “MidOne” Yeik Nai dan Chai “Mushi” Yee Fung. Wong “ChuaN” Hock Chuan, Chuan “Ah-fu” Tue dan Chong “Ohaiyo” Xin Khoo juga turut berada di dalam senarai Top 100 ini.

www.esportsearnings.com hanya menyenaraikan anggaran kasar yang dikira daripada wang kemenangan rasmi – ianya tidak mengambil kira potongan wang kemenangan daripada kontrak pemain ke organisasi pasukan esports masing-masing.

Bagaimanapun, ianya masih sejumlah wang yang banyak dan xNova patut berbangga kerana mengejar cita-citanya menjadi pemain DotA 2 profesional.

Siapa kata gaming itu sia-sia?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Strange Brigade: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Keretapi Istimewa Bertemakan Pokemon Let’s Go Pikachu & Eevee Muncul Akhirnya!