Ini betul-betul, bukan cobaan.
Asalnya sebagai sebuah gurauan oleh peminat terhadap rupa bentuk Xbox Series X, Microsoft telah mengumumkan dan benar-benar sedang membangunkan Xbox Mini Fridge (ya, peti sejuk bersaiz mini sebenar berbentuk Xbox Series X).
Dalam trailer yang dikeluarkan, Microsoft memperlihatkan peti sejuk tersebut yang kelihatan boleh diisi dengan 10 air tin. Ia juga mendedahkan yang ia bakal hadir pada hujung tahun ini, dan menggelarkannya sebagai “peti sejuk mini paling berkuasa” serta menggunakan “seni bina penyejukan halaju Xbox”.
Comments
Loading…