in

Xiaomi Black Shark – Smartphone Gaming Dengan Water-Cooling!

Your move, Razer.

Selepas Razer Phone, tak banyak smartphone yang dibina khusus buat gamer. Xiaomi bagaimanapun melancarkan Black Shark – sebuah smartphone yang dibina untuk gaming.

Istimewanya Black Shark ini, ia didatangkan dengan multi-stage integrated liquid cooling system yang mampu menurunkan suhu CPUnya sebanyak 8° C. Ini semestinya cukup untuk mengekalkan prestasi optimum cip Snapdragon 845 dengan Kryo 385 cores dan GPU Adreno 630.

Jangan tak percaya, smartphone pun ada GPU!

Black Shark juga akan dilengkapi dengan skrin 5.99 inci Full HD+ dengan paparan 18:9. Bagaimanapun, ianya bukanlah skrin 120Hz. Black Shark nanti juga tidak mempunyai slot microSD, tetapi akan hadir dalam dua versi – 6 GB RAM + 64 GB internal storage (CNY2999 / ~RM1850) atau 8 GB RAM + 128 GB storage (CNY3499 / ~RM2159). Pilih yang mana berkenan. Tepuk wallet, tanya selera.

Sesuai dengan baka gamingnya, Black Shark turut hadir dengan aksesori Black Shark Gamepad untuk aktiviti gaming yang lebih tryhard. LOL.

Amacam? Korang angkat tak smartphone gaming ni nanti?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemain Esports Berlesen Malaysia Bakal Dapat Elaun Dan Tajaan Penuh Ke Pertandingan Esports Antarabangsa!

A Way Out Terjual 1 Juta Unit, Lebih Banyak Daripada Jumlah Yang EA Ramalkan