Xenoblade Chronicles X merupakan sebuah action RPG yang mementingkan eksplorasi. Memang tidak mengejutkan saiz peta game ini sangat besar!
Bagi yang kurang mengenali game ini, kisah Xenoblade Chronicles X bermula sekitar tahun 2054 dimana terdapat 2 kaum alien yang berperang berdekatan Bumi. Peperangan ini secara tak langsung menyebabkan Bumi turut mengalami kesan kemusnahan. Demi menyelamatkan penduduk bumi, kerajaan-kerajaan di Bumi telah mengambil keputusan untuk berpindah dari Bumi dengan menggunakan kapal angkasa.
Dalam game kali ini, korang akan mengikut bersama sebuah kapal perpindahan ini yang diberi nama White Whale. Mereka akan cuba untuk membina penempatan baru yang dipanggil New Los Angeles.
Game ini telah pun dipasaran Jepun sejak April lalu dan akan dipasarkan ke seluruh dunia pada 4 Disember 2015.
Comments
Loading…