in

XCOM 2: Minat Fire Emblem Fates? Jom Try Mod Ni!

Kali ni seorang modder cuba membawa pengalaman Fire Emblem Fates ke XCOM 2! Inilah terjadi apabila cinta berputik antara dua dunia game!

xcom-2-mod-03Mod ini diberi nama Squad Cohesion dan dicipta hasil idea seorang peminat siri kedua-dua game ini yang bernama RealitiMachina.

Dalam mod ini, RealitiMachina ingin memberi sistem “squadmate score” macam Fire Emblem kepada ahli pasukan XCOM korang.

Kepada yang kurang faham apa itu “squadmate score”, dalam Fire Emblem, korang boleh naikkan rank support korg dengan squadmate korang. Lagi tinggi rank, lagi hebat support yang korang akan dapat dari squadmate korang. Lebih kurang macam tu la sistem yang diimplementasikan dalam ini.

Dengan sistem mod baru ini, ianya akan memberi kesan kepada perhubungan sesama squadmate korang selepas setiap pertarungan.

xcom-2-mod-02Antara kesan positif yang dapat dilihat ialah stats yang lebih baik seperti aiming, peluang kritikal, penggodaman (hacking) dan banyak lagi.

Kesan negatif pula dapat dilihat apabila kejadian buruk berlaku seperti apabila salah seorang ahli gugur di medan perang. Ahli lain mungkin akan menerima kesan buruk seperti hilang fokus atau pun menerima status seperti shaken.

xcom-2-mod-01Squad Cohesion masih lagi dalam fasa awal, maka terdapat beberapa komplikasi dengan beberapa item in-game dan mod-mod lain. Bagi mereka yang berminat, boleh cuba Squad Cohesion di laman Steam.

Persoalannya sekarang, bila mod ni nak benarkan antara ahli XCOM berpasangan macam Fire Emblem? Bwahahahaha!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Segarkan Ingatan Korang Dengan Video Kenangan Trilogi Uncharted Ini!

PES SEA CL Final: 16 Pemain Terbaik Dari 4 Buah Negara Telah Diumumkan!