in ,

XCOM 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

XCOM 2 membawa pemain kembali dalam dunia menentang makhluk asing. Adakah XCOM 2 bakal memberikan pengalaman yang manis atau ia sudah menjadi hambar dimakan usia?

JomBaca: Sehari bersama: XCOM 2

Macam lagi lawa je XCOM 2 ni!

xcom-2-berserkerPenggunaan enjin Unreal 3.5 merupakan satu pilihan yang bijak. Ia membenarkan pihak developer memberikan lebih ketelitian dalam rekaan persekitaran, makhluk asing dan watak manusia dalam siri kedua ini. Audio dalam XCOM 2 masih mengekalkan tema dan feel game ini secara keseluruhnya.

XCOM2-gameplay-customisationDalam usaha Firaxis memberikan grafik yang cantik dan berkualiti, XCOM 2 mengalami masalah teknikal pula.

Teruk! Apa dah jadi ni Firaxis?

xcom-2-fight-scene-01Pasti ada yang terbaca mengenai hal ini atau terbaca mengenai rungutan mengenai XCOM 2. Prestasi grafik bagi game ber-genre turn base ini kurang memuaskan. Bukan saja ketika aksi di medan perang mempunyai frame rate yang tidak stabil, malah dalam sesi loading skrin XCOM 2 yang tidak graphic-intensive turut mempunyai masalah frame rate.

2016-02-12_00004[1]Firaxis sebagai sebuah studio veteran harus faham masalah seperti ini tidak seharusnya terjadi terutamanya bila siri ini hanya dikeluarkan untuk PC. Isu sebegini haruslah dipandang berat dalam era developer yang selalu mengambil mudah dalam menyiapkan dan mengeluarkan game yang berkualiti.

Penceritaan yang mudah dan senang difahami.

Jika anda ingin bermain XCOM kerana penceritaan yang mendalam, ini bukanlah sebuah game yang anda mahukan. Penceritaan XCOM 2 bermula selepas 20 tahun bumi diduduki oleh makhluk asing dalam XCOM: Enemy Unknown. Organisasi asal XCOM telah tewas dan kini dikategorikan sebagai puak pemberontak.

2016-02-12_00006[1]Makhluk asing kini ditonggak pemerintahan dan ingin memusnahkan kesemua puak pemberontak ini dan samada XCOM terus berjuang menyelamatkan bumi bergantung di tangan anda.

XCOM 2 macam sama je ngan XCOM. Takde kemajuan langsung!

snap-2016-02-14-22h18m34s398Ya, memang tidak dapat dinafikan XCOM 2 menggunakan formula asal yang memberikan revival bagi siri tersebut. Namun begitu, Firaxis harus dipuji kerana memajukan formula ini untuk tahap yang seterusnya. Terdapat pelbagai perubahan dan penambahan yang memberikan pemain pengalaman yang memuaskan antaranya:

XCOM 2 memperkenalkan sistem timer dalam misi-misinya dan ini adalah satu pilihan yang bijak. Pemain perlu cepat, tangkas dan bijak membuat keputusan walaupun game ini hanya berkonsepkan turn-base strategi. Jika terlalu melengahkan masa, objektif bakal gagal tetapi jika terlalu gopoh pasukan pula merana.

xcom-2-basePusat kawalan XCOM kali ini adalah sebuah kapal angkasa yang sentiasa boleh bergerak ke benua lain jika keadaan memerlukan. Ini merupakan idea yang menarik kerana dalam siri kali ini pemain perlu membina kuasa guerilla dari benua ke benua lain dan pada masa yang sama perlu mengelak daripada serangan makhluk asing.

vlcsnap-2016-02-14-21h53m04s546Dalam siri kali ini, pemain juga bakal diperkenalkan dengan Dark Events. Dark Events merupakan cabaran rawak memaksa pemain membuat pilihan. Ia mempunyai pro dan kontra seperti pemain bakal mendapat bantuan lebih ramai jurutera tetapi bakal mengalami serangan berterusan selama sebulan ataupun menerima lebih sumber kewangan tetapi mempunyai misi-misi yang lebih sukar selama sebulan.

snap-2016-02-14-22h10m52s811Class juga direka dengan lebih fleksibel dalam XCOM 2. Setiap cabang naik taraf atau upgrade dalam class Ranger, Specialist, Granadier dan Sharpshooter mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ini memberi lebih pilihan pada pemain untuk mengubahsuai permainan mengikut cara taktikal mereka.

Bosan dah main campaign. Jom main multiplayer pulak!

snap-2016-02-14-22h07m50s117Malang sekali, multiplayer XCOM 2 tidak mempunyai banyak perubahan dari siri asalnya. Sistem pertarungan yang sama dan tidak memberikan pemain sebarang sebab untuk melayan pertarungan multiplayernya.

Keputusan: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Jika anda bukan peminat strategi apatah lagi berkonsepkan turn-based, elakkan game ini seperti virus Ebola. XCOM 2 juga tidak menjanjikan frame rate dan sinematik yang lancar. Peminat-peminat yang dahagakan aksi multiplayer juga bakal berasa kecewa kerana tiada pembaharuan dibawa dalam siri kali ini.

BOLEH BELI! – Satu misi dalam XCOM 2 bakal menyajikan pengalaman yang lebih beremosi jika dibandingkan sesetengah game mampu dengan seluruh kempen single player. Bersedia untuk menghadapi perasaan cemas, kecewa, gembira dan bangga apabila berjaya membawa pulang setiap ahli pasukan walaupun dengan nyawa-nyawa ikan. Setiap pilihan kecil bakal membawa efek kepada usaha menewaskan penjajahan makhluk asing dan setiap pilihan bakal membawa kesan positif dan negatif. XCOM 2 bakal membuat rasa kecewa atas kesilapan yang telah dibuat beberapa jam yang lepas dan ini membuatkan pemain benar-benar berjaga dengan langkah yang dibuat. Dengan kemajuan yang dibawa dari XCOM: Enemy Unknown ke XCOM 2, memang menarik jika difikirkan apa yang bakal dibawa kelak oleh Firaxis. Welcome back Komander.

 Enjin grafik yang tidak dioptima. Frame rate yang tidak stabil.
 Sesetengah dialog berulang dan menjengkelkan.
 Multiplayer yang hambar.

+ Efek grafik yang lebih baik dari siri asal.
+ Kesan bunyi yang baik.
+ Menambah baik sistem ekonomi dan peperangan.
+ Memberi peluang pada modders sejak hari pertama.
+ Untuk pemain strategi yang gemarkan cabaran.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Saiz Game Penuh Versi Digital Dah Leaked!

JomRakam! Ep. 9: Nasib Noob Terjun Neraka!