in , ,

Xbox Seterusnya Sedang Dicipta Dengan Input Daripada Pembangun Jepun, Dedah Phil Spencer

Dasar pandang ke Timur.

Semasa persidangan E3 lalu, bos Xbox, Phil Spencer telah mengesahkan yang Xbox seterusya sedang dalam pembangunan Microsoft. Beliau berkata pasukan yang melancarkan Xbox One X pada tahun lepas sedang “menghasilkan konsol Xbox yang seterusnya, di mana kami sekali lagi akan memberikan komitmen kami untuk menawarkan tanda aras yang lebih tinggi dalam konsol gaming.”

Terbaru, dalam temuramah bersama majalah Jepun, Famitsu (via SegmentNext), Spencer telah mendedahkan beberapa info baru yang agak menarik.

Beliau mendedahkan bahawa Xbox seterusnya ini akan mendapat sentuhan daripada para pembangun dari Jepun. Spencer tidak mendedahkan secara spesifik tentang syarikat Jepun manakah yang menyediakan input untuk konsol mereka seterusnya ini, tetapi beliau ada menyatakan yang Microsoft telah bertanya kepada pembangun Jepun apakah jenis inovasi yang mereka mahukan dalam industri ini yang boleh dimasukkan ke dalam sistem baru itu nanti.

Malah, Spencer sendiri telah terbang ke Jepun untuk bertemu pelbagai penerbit dan pembangun dalam negara tersebut, dan beliau percaya yang beliau telah berjaya membina ikatan antara mereka dan Microsoft.

Microsoft sememangnya cukup terkenal dengan kegagalan menembusi pasaran Jepun dengan baik. Walaupun pernah mengeluarkan beberapa game eksklusif memfokuskan tema Jepun pada era Xbox 360, konsol mereka tetap sukar untuk menambat hati pemain dari negara matahari terbit itu, yang sentiasa didominasi oleh Nintendo, Sony dan game-game mobile.

Jadi, langkah mereka yang mendapatkan input-input dari pembangun Jepun ini tidak semestinya menjamin kejayaan jualan konsol Xbox mereka seterusnya di pasaran Jepun. Tapi tak salah untuk mencuba, bukan?

JomBaca: Microsoft Dan Razer Dilaporkan Sedang Bekerjasama Untuk Sokongan Keyboard Dan Mouse Di Xbox One!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mode Playground Fortnite Buat Pemain Cipta Semula Mario Kart, Nuketown, Pokemon, Piramid Dan Istana Bermacam Rupa

The Last of Us Part II Mungkin Akan Ada Lebih Daripada Satu Karakter Yang Boleh Dimainkan