Bersama-sama dengan pengumuman penundaan tarikh pelancaran Halo Infinite, Microsoft telah mengemaskini apakah perancangan mereka untuk konsol generasi mereka akan datang.
Waktu pelancaran Xbox Series X kini telah dikecilkan, yang mana Microsoft telah mendedahkan yang konsol itu bakal tiba di pasaran pada bulan November 2020. Walau bagaimanapun, tiada tarikh tepat didedahkan lagi buat masa ini.
Microsoft turut menegaskan yang Xbox Series X akan mempunyai lebih daripada 100 game yang dioptimimakan untuk konsol tersebut sebelum penghujung 2020, sama ada game itu dilancarkan ke beberapa generasi atau game yang dibangunkan secara eksklusif untuk Xbox Series X.
Selain itu, Microsoft menekankan sekali kekuatan utama konsol mereka ini iaitu fungsi backward compatibility dengan semua generasi konsol yang pernah dikeluarkan Microsoft. Bermakna ribuan game yang pernah dikeluarkan untuk Xbox, Xbox 360, dan Xbox One — semuanya boleh dimainkan di Xbox Series X.

Menarik untuk saksikan apakah langkah Sony seterusnya. Adakah mereka akan juga mengecilkan waktu pelancaran seperti mendedahkan bulan pelancaran, atau terus mengumumkan tarikh tepat pelancaran PS5? Semasa artikel ini ditulis, Sony masih mengatakan yang PS5 akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020.
Comments
Loading…