Selepas mengumumkannya melalui satu tweet ringkas, Microsoft telah berkongsikan lebih lanjut tentang Xbox Series S dalam satu video.
Xbox Series S merupakan konsol kelas kedua kepada Xbox Series X. Series S adalah sebuah konsol digital sepenuhnya, bermakna tiada drive untuk memasukkan disk. Semuanya dimainkan secara digital.
Series S menawarkan spesifikasi berikut: resolusi 1440p/120 fps, DirectX ray-tracing, latency ultra-rendah, custom 512 GB SSD, pemain media streaming 4K, serta upscale game sehingga 4K. Dan semestinya, video ini turut memperlihatkan saiz konsol ini yang merupakan Xbox paling kecil yang pernah dikeluarkan Microsoft.
Di akhir video, Microsoft mendedahkan bahawa Xbox Series S akan dilancarkan pada 10 November ini.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Series S dipasarkan pada harga USD299 (sekitar RM1245).
Persoalan yang timbul kini, adakah Xbox Series X, iaitu pesaing utama kepada PS5, akan dilancarkan pada tarikh yang sama? Microsoft masih belum mahu mendedahkannya.
Semua butiran yang telah diumumkan secara rasmi ini adalah tepat berdasarkan info tertiris yang dilaporkan oleh Windows Central. Menurut laporan ini, Xbox Series X akan turut dilancarkan pada tarikh yang sama pada harga USD499 (sekitar RM2078).
Comments
Loading…