Xbox Scarlett mungkin akan mempunyai konsol kedua yang akan menawarkan harga yang lebih murah dan dapat menjejaskan jualan kepada beberapa pesaing.

Apabila konsol generasi seterusnya dikhabarkan sedang berada dalam pembangunan, ia telah didedahkan bahawa Microsoft sedang menghasilkan dua produk berbeza. Satu produk akan menjadi sebuah mesin konsol yang menawarkan spesifikasi lebih baik, sama seperti Xbox One X semasa kitaran pada masa kini.

Satu lagi produk adalah sebuah mesin yang dilaporkan sedang berada dalam pembangunan, yang mana menawarkan harga yang lebih murah tapi prestasi dan kemampuan grafik dikurangkan.

Tapi apabila projek Xbox Scarlett diumumkan di E3 2019, tidak ada pendedahan dengan lebih mendalam didedahkan. Sejak hari itu, Microsoft menjauhkan diri daripada melancarkan konsol kedua tersebut dan beralih kepada Project Scarlett.

Laporan terbaru yang telah dikeluarkan secara online mencadangkan bahawa syarikat gergasi itu mungkin beralih ke arah jalan berbeza. Dan jika ia benar, ia mungkin boleh memberikan potensi untuk membawa impak kecil berkaitan dengan harga PS5 dan pelancaran Google Stadia.

Project xCloud ialah perkhidmatan penstriman terbaru dari Microsoft yang mana akan dilancarkan sebagai pesaing kepada Google Stadia. Sebuah konsol cloud terbaru tidak akan hadir dengan kuasa yang banyak di bawah satu tempat yang mana akan memberikan gamers latency rendah untuk mengakses xCloud.

Menurut ComicBook, Microsoft mempunyai sebuah konsol yang mana kuasa dan latency-nya rendah, ia dicipta untuk menghubungkan terus ke xCloud untuk memberikan gamers pengalaman gaming yang lebih baik.

“Fikirkan bagaimana Stadia berfungsi, mereka mempunyai controller yang menghubungkan terus ke router. Memberikan prestasi yang lebih baik dan menjadikan pengalaman lebih lancar,” kata laporan itu.

Ia juga berkata Microsoft mempunyai fungsi yang sama, sebuah konsol cloud dengan penggunaan kuasa yang sedikit, tapi memberikan pengalaman yang lebih bagus daripada hanya bermain dari Smart TV atau lain-lain.

“Ia bukanlah seperti pesaing set-top box atau Apple TV. Tapi sebuah mesin yang akan membenarkan pemain untuk menghubungkan controller Xbox terus ke xCloud. Maklumat ini masih lagi samar-samar, tapi saya dengar projek ini tidak dibatalkan.”

Seperti yang disebut di atas, Microsoft masih belum bersedia sepenuhnya untuk melancarkan peranti baru ini dan ia masih dalam pembangunan. Berita bagusnya adalah konsol terbaru itu dilaporkan menawarkan harga murah, lebih murah dari set-top box, iaitu dalam lingkungan harga $60 (RM250) ke $100 (RM420).

Ia akan memberikan Microsoft dengan peranti kedua untuk bersaing dengan PS5 dan Google Stadia. Google Stadia akan dilancarkan pada tahun ini dan akan boleh dimainkan di pelbagai peranti.

Tapi untuk menggunakan controller Stadia, ia memerlukan TV untuk bermainnya. Seperti yang dijelaskan oleh Google dalam FAQ, pengguna boleh gunakan HID controller semasa bermain menerusi kabel USB di Chrome atau mobile. Untuk bermain di TV, pengguna perlu ada controller Stadia dan Google Chromecast Ultra.

Untuk PS5 pula, Microsoft lebih memfokuskan kepada Project Scarlett untuk memenangi hati peminat.

JomKomen!