Maka makin kaburlah garis pemisah antara konsol dan komputer!

Sudah banyak khabar angin mula berlegar-legar mengenai konsol generasi seterusnya dari Microsoft iaitu Xbox Scarlett (nama kod) dan Sony iaitu PlayStation 5 yang mengatakan keupayaan mereka akan menjadi lebih baik berbanding PC.

PlayStation 4 dan Xbox One sekarang menggunakan System-on-a-chip (SoC) x86-based APU yang menggabungkan CPU dan GPU dalam satu pakej silicone sebagai core utama mereka. Tapi khabar angin pada masa kini mengatakan bahawa core utama untuk konsol generasi seterusnya mungkin bukan APU – mereka akan memisahkan CPU dari GPU!

Di PlayStation 5, sebuah kod produk 2G16002CE8JA2_32/10/10_13E9 untuk AMD silicone baru yang kononnya leak, menggambarkan komponen CPU AMD Zen dengan 8 core, 3.2GHz boost clock dan PCI-ID yang menunjukkan GPU Navi 10Lite. Sebagai perbandingan, PS4 Pro menggunakan Jaguar core dengan kuasa pemprosesan 2.13GHz, dan CPU AMD Zen ini pula pada 3.2GHz!

Maklumat spesifikasi Xbox Scarlett yang telah dibocorkan.

Di bahagian Xbox Scarlett pula, gambar yang tertiris di atas menunjukkan spesifikasi yang dicadangkan dari mesin pembangun Xbox Scarlett adalah menggunakan CPU 8 core dengan kelajuan 3.3GHz (1.75GHz/2.3GHz), 22GB RAM dan menggunakan GPU berkuasa yang dikenali dengan nama kod sebagai GPU Arcturus12! GPU Arcturus12 ini menggunakan 64 ‘Arcturus Engines’ dengan jumlah sebanyak 4,096 core GPU dengan 7nm node dari GPU Vega 2.0 dari Radeon VII (yang mana mempunyai 4,096 teras di dalamnya walaupun yang boleh diakses hanya 3,840).

JomBaca: 4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Tentang Konsol Generasi Seterusnya Dari Xbox

Sony dan Microsoft perlu menggunakan apa sahaja cara untuk menjimatkan wang dalam kos pengeluaran bagi mengelakkan konsol mereka menjadi mahal. Memisahkan GPU dan CPU dilihat lebih masuk akal.

Walaupun terpisah, teras GPU dan CPU masih akan berkongsi memori, jadi mereka tidak perlu dipisahkan secara menyeluruh dari DDR atau GDDR memori mereka. Sony dan Microsoft mungkin akan menggunakan GDDR5/6 22GB untuk konsol akan datang. Jadi ada potensi untuk mengasingkan grafik 7nm dan core processor, dan berkongsi memori melalui hubungan Infinity Fabric daripada berada di dalam cip yang sama.

Sudah semestinya maklumat-maklumat bocor di atas tidak boleh dipercayai 100%. Buat masa sekarang, tidak ada pengesahan tentang bagaimana AMD sedang membangunkan silicone untuk konsol generasi seterusnya. Kita hanya bergantung kepada spekulasi dari sebarang sumber yang tertiris.

Tapi satu yang pasti, jika Sony & Microsoft mahu menawarkan pengalaman gaming 4K pada 60Hz atau lebih tinggi, mereka akan memerlukan CPU dan GPU yang berkuasa. Mereka perlu memandang ke senibina dan teknologi PC untuk mendapatkan inspirasi.

JomBaca: PlayStation 5 Kononnya Akan Boleh Dimainkan Pada 8K & 120FPS!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.