in , , ,

Xbox & Playstation Boleh Berentap Bersama Pada Masa Akan Datang?

Adakah impian untuk kita berentap, bertumbuk dan menembak antara pemain Xbox dan Playstation akan tercapai tidak lama lagi melalui berita terbaru ini?

CaRvWxFUkAArP_Z

Dalam satu post yang dikeluarkan di laman web Xbox, Pengarah [email protected], Chris Charla telah mengumumkan beberapa pengumuman bersempena dengan GDC (Game Developers Conference). Antara pengumuman yang telah mengejutkan ramai pihak adalah feature terbaru yang bakal ditampilkan untuk Xbox One – Cross-Network Play.

Bersempena dengan cross-platform yang bakal ditampilkan antara Xbox One dan Windows 10, mereka juga akan membenarkan developers untuk menyokong cross-network antara platform lain.

Apakah maknanya dari feature Cross-Network Play ini? Bermakna, pemain yang menggunakan servis Xbox Live di Xbox One dan Windows 10 mampu bermain bersama pemain dari platform lain, sama ada di rangkaian PC atau console lain.

xbox

Apa yang lebih menarik, game indie yang menjadi fenomena, Rocket League menjadi game pertama yang menyokong Cross-Network Play ini. Psyonix dalam laman web mereka telah mengumumkan bahawa feature ini akan tiba di Rocket League tidak lama lagi.

Mereka menambah, Xbox One dan PC akan terlebih dulu meyokong feature ini pada musim bunga (bulan Mac hingga Jun) akan datang, dan untuk platform yang lain (PS4), akan diberitahu lebih lanjut pada masa akan datang.

Xbox Live telah wujud dalam dunia gaming kira-kira 14 tahun lalu. Dan semalam, ia telah mengumumkan sesuatu yang mampu mengubah dunia online gaming secara keseluruhan. Sebuah era baru dalam dunia online gaming bakal tiba!

playstation-network

Namun, persoalan yang paling utama kini, adakah pihak Sony akan menyahut seruan Microsoft dengan feature terbaru mereka ini dengan membenarkan cross-play pada platform PlayStation pula? Sama-sama kita nantikan.

JomBaca: Rocket League & Dying Light Bekerjasama Untuk DLC Di Kedua-dua Game!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

I Am Setsuna: Versi Bahasa Inggeris Bakal Datang Tapi Hanya Untuk PS4 Dan PC

Battlefield 4: DICE Umumkan Tiada Lagi Content Baru Akan Datang!