Semalam, Sony telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan ramai. Mereka telah memperkenalkan PlayStation Classic, konsol yang lebih kecil berbanding PlayStation asal, dikeluarkan semula bersama-sama dengan 20 game retro klasik.
Melihat kepada pengumuman ini, akaun Twitter Xbox UK telah memerli Sony dengan mempromosikan fungsi backward compatibility yang dimiliki oleh Xbox One.
“Mainkan 500+ game klasik Xbox dan Xbox 360 di Xbox One kamu hari ini.. sememangnya percuma,” kata tweet tersebut. Ia turut mengingatkan tentang beberapa game tersebut juga mempunyai penambahbaikan untuk Xbox One X.
https://twitter.com/xboxuk/status/1042353577744916480
Bagi korang yang tidak tahu apa itu fungsi backward compatibility di Xbox One: ia merupakan fungsi yang membolehkan disk-disk lama Xbox dan Xbox 360 dimainkan di Xbox One, tanpa sebarang masalah. Makna kata, kalau korang mempunyai disk-disk original Xbox dan Xbox 360, korang masukkan sahaja ke dalam Xbox One dan ia boleh dimainkan seperti biasa.
Fungsi mana satu yang lebih korang suka? Pengeluaran semula konsol seperti yang dilakukan Sony atau fungsi backward compatibility yang dibawakan oleh Microsoft?
Comments
Loading…