in , ,

Xbox One Tidak Lama Lagi Akan Membenarkan Pemain Untuk Menggunakan Party Chat Di Telefon Pintar

Microsoft sedang menguji ciri terbaru yang akan membenarkan pengguna telefon pintar untuk mengakses masuk Xbox Party Chat melalui telefon mereka.

Teknologi itu buat masa ini boleh didapati kepada sesiapa sahaja untuk dimuat-turun melalui aplikasi Xbox Beta, bunyinya kelihatan sangat jelas dan mudah seperti yang korang fikirkan.

Masih berada dalam beta, ia membenarkan korang untuk menggunakan aplikasi Xbox untuk party chat apabila korang berada jauh dari konsol dan mungkin ini juga merupakan penarik terbesarnya. Membolehkan pengguna untuk bermain dan chat dengan kawan korang dalam game cross-system seperti Minecraft.

Secara teorinya, ini mungkin boleh juga berfungsi semasa korang bermain game Xbox One tapi mahu menggunakan pembesar suara luar untuk bunyi game dan di telefon korang untuk audio chat. Aplikasi Xbox boleh didapati untuk iOS dan Android.

Microsoft tidak membuat pengumuman tentang perkara ini, tapi seorang pengguna Reddit dapat mengesan perubahan pada nota patch aplikasi tersebut. Dijangkakan pengumuman rasmi akan dilancarkan pada masa terdekat.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tarikh Pelancaran PlayerUnknown's Battlegrounds Di Xbox One Diumumkan, Ada Perbezaan Dengan Versi PC

Lebih 1 Juta Pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds Di Xbox One Dalam Masa 48 Jam

Laporan Baru: 2 Game Battlefield Sedang Dibangunkan Oleh DICE – Bad Company 3 Dan Perang Dunia Kedua!