Di sebalik khabar angin tentang PlayStation Neo yang lebih kuat, nampaknya Microsoft akan terlebih dahulu mengumumkan Xbox One versi baru.

xbox

Menurut blogger dan podcaster Microsoft, Brad Sams, Microsoft akan memperkenalkan sebuah Xbox One versi baru yang telah dipertingkatkan prestasinya dan beberapa peranti streaming di E3 2016 nanti.

Menurut Sams, yang melakukan livestream di YouTube, telah membincangkan mengenai maklumat yang beliau peroleh dari beberapa sumber. “Xbox mini adalah sesuatu yang sahih”, kata Sams.

Maklumat ini juga selari dengan tweet yang telah dikeluarkan oleh Editor laman web The Verge, Tom Warren yang mengatakan “Xbox baru di E3 akan 40 peratus lebih kecil.” The Verge juga mengatakan ia akan disertakan dengan sokongan 4K.

Selain itu, Sams juga mengatakan sebuah hardware dengan versi yang lebih signifikan juga dalam perancangan, namun tidak akan diumumkan di E3 2016. Sams berkata ia kemungkinan akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Terkini, pihak Polygon juga telah melaporkan bahawa codename versi Xbox yang dikemaskini ini adalah “Scorpio”. Prestasi sasarannya adalah 6 teraflops, dan sekiranya ia benar, versi baru ini akan beroperasi 4 kali ganda lebih kuasa daripada Xbox One yang ada kini, iaitu ia hanya beroperasi sebanyak 1.32 teraflops.

xbox

Ia tidak berhenti di situ. Kotaku turut melaporkan bahawa Microsoft sedang menyediakan “sekurang-kurangnya dua model Xbox yang baru, dijangka dilancarkan dalam dua tahun yang akan datang ini. Model tahun ini akan menambah kapasiti hard drive-nya kepada 2TB. Manakala model tahun hadapan pula meningkatkan prestasi GPU yang seterusnya akan menyokong pengguna Oculus Rift.

JomBaca: Berita Kencang Untuk Xbox Di E3

JomKomen!