Konsol yang 40% lebih compact, Xbox One S akan menemui para peminat 2 minggu lagi!

https://www.youtube.com/watch?v=rm60PyKdFUo

Microsoft secara rasminya telah mengumumkan bahawa Xbox One S akan dilancarkan pada 2 Ogos 2016, dengan harga USD399 (~RM1590).

Pada tarikh pelancaran, konsol ini hanya akan menampilkan saiz 2TB sahaja, yang mana saiz 1TB dan 500GB akan dibawakan pada tarikh yang belum diumumkan lagi.

Microsoft juga akan melancarkan controller Xbox One terbaru, versi yang dikemaskini pada tarikh yang sama (satu controller ini akan didatangkan bersama dengan Xbox One S), yang mana ia tampil dengan grip yang bertekstur dan sokongan Bluetooth. Sekiranya anda ingin membeli controller yang baru ini sahaja secara berasingan, harga yang ditawarkan adalah USD59.99 (~RM239).

xbox one s

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Microsoft mengatakan bahawa Xbox One sebagai “konsol yang pertama dan satu-satunya yang membenarkan anda menonton filem-filem Blu-ray dan stream video yang memukau dalam 4K Ultra HD dengan High-Dynamic Range (HDR)”.

Microsoft turut menyatakan, sekiranya para pembeli pre-order konsol ini sekarang, ia akan tiba di depan pintu anda pada hari sama ia mula dijual di kedai-kedai.

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Xbox One S di sini, dan kalau anda nak tengok berapa kecilkah konsol ini jika dibandingkan dengan Xbox One versi kini, anda boleh klik di sini.

JomKomen!