in , ,

Xbox One Dan Xbox Series X/S Mendapat Sokongan Discord Voice Chat

Xbox dan Discord mengumumkan sokongan Discord Voice ke dalam Xbox. Membenarkan pemain di Xbox One dan Xbox Series X/S sertai saluran Discord Voice.

Fungsi ini buat masa sekarang berada di Xbox Insider. Pemain secara terus boleh sertai saluran atau panggilan berkumpulan Discord Voice ke konsol Xbox One dan Xbox Series X/S.

Integrasi Discord ke dalam konsol-konsol Xbox adalah lebih mendalam. Pemain dibenarkan melihat siapa dalam panggilan, siapa yang sedang bercakap, dan malah boleh ubah suai tahap volume antara Discord Voice dan Xbox game chat.

Dengan kemaskini terbaru, ahli-ahli Xbox Insider boleh mencuba Discord Voice di Xbox pada bahagian Parties & Chats. Memilih pilihan itu akan membawa pemain ke aplikasi untuk menghubungkan akaun Discord dengan akaun Xbox mereka.

Bagi mereka yang sudah menghubungkan akaun Discord ke akaun Xbox. Mereka perlu sekali lagi hubungkan balik untuk menggunakan Discord Voice di konsol.

Tarikh keluaran untuk keluaran penuh fungsi Discord Voice di Xbox masih belum ada. Hanya boleh didapati kepada ahli-ahli terpilih dalam Xbox Insider dan akan dibuka kepada lebih ramai ahli dalam minggu-minggu akan datang.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 23 Akan Menyokong Cross-Play, Tapi Hanya Untuk Mode 1v1, Dihimpunkan Dalam Generasi Platfom Sama

Sony Kongsi Butiran Baharu Remake The Last of Us Part I – Gameplay, Permadeath Mode, Speedrun Mode