Microsoft sudah merancang untuk mencipta “game store generasi seterusnya” berikutan pembelian Activision Blizzard.
Dengan membeli Activision Blizzard, ia akan meningkatkan kemampuan Microsoft untuk menghasilkan game store yang mampu beroperasi di setiap peranti termasuk mobile, lapor VGC.
Komuniti gamer dari Activision Blizzard yang sudah lama ada mampu menarik minat gamer untuk masuk ke platform Xbox Mobile.

Walau bagaimanapun, Microsoft perlu memberikan kandungan yang popular dan baharu jika pihaknya mahu menarik ramai gamer daripada menggunakan Google Play Store dan App Store.
Ketua Xbox, Phil Spencer menjelaskan pada bulan Ogos lepas bahawa pembelian Activision Blizzard adalah kerana syarikat itu mempunyai cita-cita tinggi terhadap PC gaming dan mobile.

Apabila ditanya oleh Bloomberg tentang perjanjian bernilai $68.7 billion itu. Pihak Microsoft berkata syarikat itu mahu memperluaskan lagi kemampuan kreatifnya kepada platform bukan konsol, terutamanya mobile.
Ini kerana Microsoft selama ini hanya memfokuskan kepada platform PC dan konsol, walaupun mobile games merupakan platform gaming terbesar.
I am sorting out relevant information about gate io recently, and I saw your article, and your creative ideas are of great help to me. However, I have doubts about some creative issues, can you answer them for me? I will continue to pay attention to your reply. Thanks.