in , ,

Xbox Live Gold Dilaporkan Akan Dimansuhkan Apabila Pelanggan Xbox Game Pass Semakin Ramai

Tahun lalu, wartawan terkenal, Jeff Grubb pernah menyatakan yang Microsoft merancang untuk memansuhkan langganan Xbox Live Gold apabila bilangan pelanggan Xbox Game Pass telah mencapai ke satu tahap yang mereka sasarkan.

Terkini, Grubb telah menyatakan sekali lagi pandangan itu dalam rancangan Grubbsnax di Giant Bomb, lapor GamingBolt.

Menurutnya, langkah Microsoft yang membenarkan game-game percuma (free-to-play) untuk bermain online tanpa langganan Live Gold menandakan yang langganan itu akhirnya akan dimansuhkan sepenuhnya pada suatu masa nanti. Namun, beliau tidak berani menyatakan bilakah ia akan berlaku, selain hanya mengatakan ia berada dalam perancangan jangka waktu panjang untuk Microsoft.

Bagi yang tidak tahu, berbeza dengan Sony yang sentiasa membenarkan pemain bermain game-game free-to-play secara online tanpa langganan PlayStation Plus, Xbox sebelumnya tidak membenarkannya tanpa langganan Live Gold, sehinggalah mengubahnya awal tahun ini.

Sekiranya laporan ini benar, seandainya Xbox Live Gold dimansuhkan sepenuhnya, bermakna semua game boleh dimainkan secara online tanpa perlu membayar apa-apa langganan. Ini pastinya akan memberi tekanan kepada Sony yang mana para pemain PlayStation masih lagi memerlukan PlayStation Plus untuk bermain online (untuk game berbayar, bukan game free-to-play).

Sony mungkin akhirnya, mudah-mudahan, akan memansuhkan juga keperluan PlayStation Plus untuk bermain online. Tentunya kemenangan besar kepada komuniti gamer konsol.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah andaian daripada Jeff Grubb. Tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Microsoft.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 22: Tiada Naik Taraf Percuma Dari Versi PS4/ Xbox One Ke PS5/Xbox Series, Tiada Cross-Play

Kojima Sebenarnya Tak Suka Guna Judul ‘Director’s Cut’ Dalam Death Stranding, Dedah Beliau Sendiri