in , ,

Xbox Game Pass: Servis Langganan Game Akan Lebih Pantas Dan Koleksi Game Yang Lebih Besar!

Microsoft hari ini mengumumkan teknologi baru dan koleksi game baru untuk Xbox Game Pass, perkhidmatan langganan video game mereka.

Bermula hari ini, perkhidmatan tersebut akan meng-update cloud mereka dan memasukkan koleksi game terkenal yang lama seperti Tom Clancy’s The Division, The Elder Scrolls Online: Tamriel Unlimited dan Fallout 4 serta Halo: The Master Chief Collection.

Ashley Speicher, Ketua Kejuruteraan di Xbox Game Pass

Ashley Speicher, Ketua Kejuruteraan di Xbox Game Pass juga mengumumkan teknologi “FastStart” di mana membenarkan pemain untuk mula bermain game dua kali ganda lebih pantas. FastStart akan boleh didapati “untuk tajuk-tajuk tertentu sahaja” dalam kemaskini yang akan hadir pada bulan ini.

Beliau juga berkata perkhidmatan yang berharga $9.99 selama sebulan akan memasukkan kesemua game terbaru yang dihasilkan oleh Microsoft Studios seperti Forza Horizon 4 dan Crackdown 3. Perjanjian juga telah ditandatangani untuk menampilkan game seperti Ashen dan Warhammer: Vermintide 2.

Sumber: polygon

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jalan Cerita Game Dying Light 2 Akan Berubah Mengikut Pilihan Korang!

Trailer Forza Horizon 4 Dedahkan Perubahan Musim Yang Dinamik Di Britain!