in , ,

Xbox Game Pass ‘Friends and Family’ Mungkin Boleh Juga Dikongsi Dengan Rakan-Rakan

Satu maklumat telah dibocorkan mendedahkan bahawa langganan pelan keluarga Xbox Game Pass akan membenarkan pengguna untuk berkongsi langganan dengan rakan-rakan.

Microsoft telah memulakan sesi ujian pelan keluarga Xbox Game Pass di Ireland dan Colombia pada awal bulan ini. Kini, pengguna Twitter dan juga pembocor yang dikenali Aggiornamenti Lumia telah mengesan jenama “Game Pass Friends & Family”.

Kebocoran maklumat itu boleh membawa maksud Microsoft tidak menyekat pelanggan-pelanggan Xbox Game Pass Ultimate untuk berkongsi faedah dengan hanya ahli keluarga sahaja.

Pelan prebiu sekarang membenarkan pelanggan-pelanggan Xbox Game Pass Ultimate untuk membayar €21.99 sebulan di Ireland (berbanding harga biasa €12.99 sebulan) untuk pelan ujian yang tiada nama yang disertakan sekali dengan faedah perkongsian langganan sehingga 4 orang.

Microsoft juga tidak menyebut sekatan ahli keluarga dalam pelan ujiannya, yang pasti pelanggan mesti menetap di negara yang sama.

Pelan keluarga baharu ini mungkin akan dijenamakan sebagai Xbox Game Pass Friends & Family. Yang mana akan disertakan sekali dengan Xbox Game Pass Ultimate dengan faedah perkongsian sehingga 4 orang ahli keluarga atau rakan-rakan. Ini termasuklah akses kepada Xbox Cloud Gaming, Xbox Live, dan PC Game Pass.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply
  1. I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me?

JomKomen!

Loading…

0

The Finals: Game Shooter Penuh Destructions Yang Sedang Dibangunkan Bekas Pembangun Battlefield

Game Terbaru Mafia Dalam Pembikinan, Tapi Akan Masa Beberapa Tahun