Hi-Fi Rush diumumkan semasa pertunjukkan Developer Direct oleh Bethesda dan Xbox.
Dibangunkan oleh Tango Gameworks, studio sama yang menghasilkan The Evil Within, Hi-Fi Rush membawakan kombat dengan elemen irama.
Pemain akan bermain sebagai watak Chai, seorang rockstar yang menentang syarikat robotik dengan bantuan rentak muzik. Sekali imbas, boleh dikatakan game ini seperti Devil May Cry bergabung dengan Bayonetta dan bertemu dengan Crypt of the NecroDancer.
Korang tidak dipaksa untuk sentiasa kekal dalam rentak irama semasa berlawan. Tapi jika korang mengikut rentak, korang akan dapat kombo-kombo khas.
Visual Hi-Fi Rush juga mengambil inspirasi dari anime dan grafik cel-shaded dengan elemen humor.
Hi-Fi Rush boleh dimainkan sekarang di Xbox Series X/S dan PC (Epic Games Store, Microsoft Store dan Steam). Ia juga sudah boleh dimainkan sekarang dalam langganan Game Pass.
Comments
Loading…