in ,

Xbox Berhasrat Beli Lebih Banyak Studio Game Lain, Kata CEO Microsoft

Korang sangkakan Microsoft sudah puas selepas pembelian Zenimax Media yang mengejutkan dengan nilai USD7.5 billion? Korang telah tersilap.

Ketika bercakap kepada CNET, CEO Microsoft, Satya Nadella telah menyatakan yang mereka akan mempertimbangkan untuk mengambil-alih lebih banyak studio pembangunan game pada masa hadapan sekiranya ia munasabah.

“Kami akan sentiasa mencari tempat-tempat yang mana memiliki kebersamaan terhadap tujuan, misi dan budaya,” kata Nadella. “Kami akan sentiasa melihat untuk berkembang secara tidak organik di mana ianya munasabah.”

Selepas memiliki Bethesda Softworks, Bethesda Game Studios, id Software, ZeniMax Online Studios, Arkane, MachineGames, Tango Gameworks, Alpha Dog, dan Roundhouse Studios — Microsoft kini mempunyai 23 studio pembangunan di bawah Xbox.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Umumkan Bundle Controller PS4 Dengan FIFA 21 - Berharga RM399

Sony Umumkan Bundle Controller PS4 Dengan FIFA 21 – Berharga RM399

Pembangun Among Us Batalkan Sekuel, Fokus Kini Untuk Tambah Kandungan

Pembangun Among Us Batalkan Sekuel, Fokus Kini Untuk Tambah Kandungan Game Sedia Ada