in , , ,

Worms Juga Umumkan Game Baru Battle Royale Untuk PS4, PS5 Dan PC – Bukan Lagi Pertarungan Turn-Based

Tak cukup lagi dengan lambakan game battle royale yang ada? Tambah satu lagi game battle royale ini dalam pilihan korang.

Team17 telah mengumumkan sebuah game baharu dari dunia Worms. Berjudul Worms Rumble, game ini akan dilancarkan pada hujung tahun 2020 untuk PC, PS4 dan PS5.

Apa yang membezakan Worms Rumble dengan game-game Worms sebelum ini? Satu kelainan yang paling besar ialah ia bukan lagi pertarungan turn-based, tetapi kini bertukar kepada pertarungan real-time. Dalam kata lain, ia akan menjadi seperti kebanyakan game shooter lain yang boleh melakukan serangan pada bila-bila masa, tanpa perlu menunggu giliran seperti game-game Worms yang pernah kita mainkan sebelum ini.

Dua mode akan dibawakan ke dalam game ini, iaitu Battle Royale dan Deathmatch. Ia akan mengumpulkan seramai 32 pemain dalam satu-satu pusingan.

Lebih menarik, Worms Rumble akan menampilkan fungsi cross-play. Bermakna, pemain di PC, PS4 dan PS5 boleh main bersama kelak.

Jom tonton trailer pertama di bawah:

Sebuah game Worms yang bukan lagi pertarungan turn-based? Adakah ia sudah lari daripada identiti asal Worms? Kongsikan di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Cyberpunk Versi China? Ya, Tencent Sedang Bangunkan Game Open-World FPS Ini

Cyberpunk Versi China? Ya, Tencent Juga Sedang Bangunkan Game Open-World FPS

Jom Sertai Pertandingan Online PUBG Mobile Dan PES 2020 - Hadiah Terkumpul RM5,350

Jom Sertai Pertandingan Online PUBG Mobile Dan PES 2020 – Hadiah Terkumpul RM5,350