Senarai game percuma yang cemerlang diteruskan lagi di Epic Games Store pada minggu ini.
Bermula sekarang hingga 2 April ini, Epic Games Store akan memberikan tiga buah game percuma. Pastinya game yang menjadi perhatian adalah World War Z, game yang dibangunkan oleh Saber Interactive berdasarkan buku yang ditulis oleh Max Brooks dan filem adaptasinya pada tahun 2013.
Dua game lain yang turut diberi percuma pada minggu ini ialah Figment dan Tormentor x Punisher.
Korang boleh dapatkan game-game ini di Epic Games Store. Ia akan menjadi milik korang buat selamanya, dengan syarat ia dimasukkan ke dalam akaun dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
Semoga terus kekal tenang dan gaming dalam Perintah Kawalan Pergerakan!
Comments
Loading…