Latar belakang near future dengan battle royale!

Komuniti siri game Battlefield terbahagi kepada banyak cabang. Sebelum Battlefield V diumumkan secara rasmi, ada yang menginginkan latar belakang itu, ada yang mahukan tema ini.

Salah satu daripadanya adalah ada yang mahukan latar belakang masakini (modern combat) atau mungkin masa hadapan terdekat (near future) dengan membawakan mode battle royale. Namun, setelah BFV didedahkan, nampaknya pemain yang meminta Battlefield yang seperti ini agak kecewa apabila latar belakang Perang Dunia Kedua digunakan dan tiada mode battle royale disebut langsung.

JomBaca: Battlefield V: 10 Perkara Yang Sudah Kita Ketahui Setakat Ini – Trailer, Tarikh Pelancaran, Game Mode, Premium Pass

Tetapi, bagi korang yang mahukan itu semua, korang tidak perlu risau lagi kerana game terbaru ini akan membuat korang tersenyum — digelar World War 3 baru sahaja diumumkan oleh The Farm 51. Game ini menggunakan tema dan teknologi near future dan semestinya terdapat mode battle royale!

Menurut laman web rasmi, game ini menampilkan pertempuran besar-besaran yang terdiri daripada infantri, kenderaan-kenderaan kebal dan dron.

Manakala, mode battle royale pula akan dipanggil Recon. Recon adalah sebuah game mode yang lebih kecil saiznya, dibina dengan pengintipan individu secara berpasukan dengan sasaran utama dalam wilayah yang berbahaya.

World War 3 akan memasuki fasa Early Access di Steam pada tahun ini. Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman tentang pelancaran di platform-platform lain selain PC.

Korang boleh saksikan trailer untuk World War 3 di bawah, yang mana boleh dikatakan agak mengagumkan. Namun, ia hanyalah trailer sinematik, jadi masih sukar untuk nilai bagaimana bagusnya game ini akan dibawakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.