in

World Of Tank: Open Beta Menemui PS4 Disember Ini!

world-of-tank-001

Berita baik bagi peminat game World Of Tank kerana Open Beta akan menyusul di console PlayStation 4 tak lama lagi.

Developer, Wargaming mengumumkan bahawa Open Beta bagi game ini akan menemui korang semua pada 4 Disember sehingga 6 Disember 2015 untuk PlayStation 4 sahaja. Tiada sign-up diperlukan hanya perlu download dan main sahaja.

Bagi Open Beta ini, korang akan dibekalkan dengan 5 jenis kelas kereta kebal untuk dimainkan di dalam perlawanan 15 VS 15 yang pastinya menarik. Selain itu korang juga boleh membawa save game di dalam Open Beta ini kepada game penuh World Of Tank ini nanti.

world-of-tank-002

Walaupun begitu masih tiada lagi pengumuman tarikh release bagi game penuh World Of Tank. Hanya khabar angin diantara penghujung bulan Disember 2015 ataupun pada awal Januari 2016.

Apapun di harap Open Beta dapat membantu korang menilai samada game ini patut dimiliki ataupun tidak.

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Just Cause 3: 1000km? Bapak Besar Map Kau!

Just Cause 3: Dari Diari Developer Mengenai Avalanche Game Engine

Fallout 4 Menakluki Rock Band 4!