in , ,

Wonder Woman Akan Menggegarkan Arena of Valor Pada 29 Julai Ini, Siapkan Misi Ini Dan Dapatkan Ia Secara Percuma!

Bangsa Amazon akan turun berperang.

Garena telah mengumumkan yang Wonder Woman akan dilancarkan dalam Arena of Valor (AOV) pada 29 Julai ini. Ia merupakan karakter ke-4 daripada komik DC yang ditampilkan ke dalam game MOBA ini.

Bagi meraikan pelancaran karakter kegemaran ramai ini, Garena turut mengumumkan satu kempen yang digelar ‘QuestMania’, yang berlangsung selama seminggu dari 26 Julai hingga 1 Ogos 2018. Para pemain berpeluang mendapatkan karakter Wonder Woman ini secara percuma dan kekal sekiranya berjaya menyiapkan misi ini.

Apakah misi itu? Korang perlu mengumpulkan kesemua lapan (8) Wonder Woman Treasure Icons pada setiap hari dan karakter Wonder Woman itu akan menjadi milik korang buat selamanya.

Bagi yang tak sabar untuk dapatkan karakter ini tanpa perlu melengkapkan QuestMania, korang boleh membelinya dari 29 Julai hingga 4 Ogos.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang QuesMania ini, korang boleh buka laman web rasminya.

AOV kini korang boleh mainkan di iOS dan Android.

JomBaca: Celcom Beri 3GB Data Percuma Setiap Bulan Untuk Mainkan Arena of Valor!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gameplay PES 2019 VS Gameplay FIFA 19 – Saksikan Video Perbandingan Ini!

Malaysia Catat RM2.66b Dalam Pendapatan Industri Video Game Pada Tahun Ini, Kekal Di Kedudukan Ke-21 Di Dunia