Korang akan bermain sebagai anak kembar hero Wolfenstein lepas!
Tak banyak maklumat dapat dikorek daripada video teaser trailer Wolfenstein 2 Youngblood ini. Yang pasti korang akan memainkan watak anak-anak perempuan kembar BJ Blazkowicz – hero daripada Wolfenstein II: The New Colossus.
Korang akan meneruskan kegiatan kekeluargaan korang dalam memburu Nazi di Paris era 1980an sambil mencari abah korang yang menghilang. Game ini nanti akan boleh dimainkan secara co-op mahupun singleplayer.
Selain itu, kita tunggu aje maklumat lanjut berkenaan Wolfenstein 2 Youngblood ini.
Comments
Loading…