in

Witcher 3: Best Ke Patch Baru?

TW3q

Holaa gamers, Witcher 3 kali ini ada patch yang baru iaitu patch 1.08. Patch ini dikatakan mengandungi banyak feature baru. Best sangat ke? Jom kita tengok.

Patch baru ini merangkumi banyak fixed untuk quest glitch, frame rate yang lebih bagus dan macam-macam lagi.

Tetapi yang menariknya, patch kali ini korang boleh bermula dengan membawa semua weapon-weapon, armor-armor, duit, alchemy resepi, Gwent card, trofi dan juga experience korang untuk mode NG+ (new game plus).

Selain itu, sekiranya korang bermula dengan mode NG+, korang akan diberikan ‘Clearing Potion’ untuk mereset skill point, untuk membolehkan korang mencuba build character yang berlainan.

Diharapkan dengan adanya patch baru ini, dapat memberikan korang kepuasan dan cabaran yang lebih maksima di dalam game Witcher 3 ini.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Destiny: Susah Sangat Ke Trial of Osiris (ToO)?

ESO: Apalagi Lu Mau? DLC? Nah, Amik Ko!