in ,

Wireless Earbuds Untuk PS5 Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Sony – Digelar ‘Project Nomad’

Sony dilaporkan sedang membangunkan wireless earbuds dan sebuah lagi model baharu wireless headset untuk PS5.

Laporan ini hadir dari Insider Gaming yang mengatakan kedua-dua set hardware baharu itu dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun fiskal 2024 (April 2023 hingga Mac 2024).

Wireless earbuds itu dikatakan menggunakan nama kod ‘Project Nomad’. Ia dikhabarkan mempunyai ketahanan bateri selama 5 jam, boleh dicas menggunakan USB-C di konsol PS5. Kemaskini earbuds itu juga dikatakan boleh dilakukan melalui PS5.

Selain earbuds, Sony juga dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi model baharu wireless headset untuk PS5, yang menggunakan nama kod ‘Voyager’. Headset ini dikatakan memiliki fungsi yang seakan sama dengan headset Inzone H7.

Insider Gaming juga menjangkakan yang Sony mungkin akan melancarkan kedua-dua set audio ini bersama-sama dengan konsol PS5 versi baharu (detachable disc drive) yang khabar angin mengenainya telah bertiup kencang sejak tahun lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Isu Tanda Dagangan The Day Before Bertambah Buruk Kerana Aplikasi Kalendar

Tonton Trailer Terbaru Wild Hearts Yang Memaparkan Kampung Minato