Mampukah WinteR dan pasukannya DeToNator memberikan persaingan dalam arena DotA 2 yang penuh cabaran?

Selepas pelancaran Kuala Lumpur Major, WinteR dengan rasminya diumumkan oleh Kunayic , beliau akan menyambung semula posnya sebagai pos 5 dalam Dota 2. Berasal dari Malaysia, nama WinteR sememangnya tidak asing dalam dunia DotA 2 sebagai pemain, komentator dan juga penganalisis profesional.

DeToNator ditubuhkan pada musim 2018/19 dan pasukan ini berharap akan berjaya mendapatkan tempat dalam The Internation 9 kelak. Berikut adalah lineup bagi pasukan ini:

  • Pos 1: Benhur “Benhur” Lawis
  • Pos 2: Steve “Excalibur” Ye
  • Pos 3: Ralph Richard “RR” Peñano
  • Pos 4: Axel “Pablo” Källman
  • Pos 5: Chan “WinteR” Litt Binn

Selain WinteR, roster DeToNator mempunyai pemain veteran, Pablo yang asalnya daripada pasukan The Final Tribe. Excalibur pada mulanya adalah salah seorang pemain pertama pubstar yang dulu berpasukan bersama Fnatic pada tahun 2014.

RR juga adalah pemain veteran SEA dan beliau pada masa itu bermain semasa TI7 di bawah pasukan Execration. Rakannya senegaranya, Benhur “Benhur” Lawis juga pernah bermain untuk pasukan Mneski.sport5. Pasukan itu dibubarkan apabila mereka hanya memenangi 2 game sahaja ketika Manila Major 2016.

Penubuhan pasukan ini kemungkinan hanya akan wujud untuk mendapatkan jumlah wang hadiah mengikuti pertandingan-pertandingan minor sahaja. Tetapi adakah askar-askar DetoNator bersedia untuk kembali ke pentas pertarungan antarabangsa selepas lama berhiatus? Besar kemungkinan ya dengan kepimpinan yang ada pada WinteR.

JomKomen!