Wild Hunt dalam game The Witcher 3: Wild Hunt boleh dikatakan antara antagonis paling menakutkan dalam mana-mana vidoe game. Kita mungkin akan dapat menyaksikan kumpulan ini beraksi secara nyata tidak lama lagi.
Redanian Intelligence telah melaporkan bahawa kru produksi siri The Witcher terbitan Netflix kini dalam fasa akhir penggambaran di Sauton Beach, Devon, United Kingdom. Redanian Intelligence turut mengesahkan gambar yang berlegar di internet adalah sahih, iaitu dari set penggambaran The Witcher.
Gambar tersebut adalah sekumpulan Wild Hunt sedang menunggang kuda masing-masing di persisir pantai:

Bagi yang tidak tahu, Redanian Intelligence merupakan satu laman yang sentiasa tepat dalam melaporkan berita-berita awal The Witcher.
Musim kedua The Witcher di Netflix bakal menampilkan Wild Hunt? Ah, makin tak sabar dibuatnya!
Comments
Loading…