in , , ,

WESG: Rasmi! Pusingan Kelayakan PES Peringkat Asia Tenggara Akan Diadakan Secara Online

Tahniah komuniti PES.

World Electronic Sports Games (WESG) musim 2018/2019 kini sedang giat menjalankan pusingan kelayakan di seluruh dunia bagi beberapa game yang telah diumumkan sebelum ini.

Awal hari ini, JomGaming telah mengeluarkan satu artikel yang mempersoalkan mengapa Pro Evolution Soccer (PES) tidak diletakkan sebagai salah satu game yang diadakan dalam pusingan kelayakan peringkat Asia Tenggara (SEA), dalam pada game ini diadakan untuk pusingan kelayakan di rantau-rantau lain.

Terkini, Facebook rasmi WESG telah mengeluarkan satu kenyataan baru bagi menjawab kekeliruan yang sedang melanda komuniti PES SEA ini. Pihak penganjur telah mengesahkan yang PES akan mempunyai pusingan kelayakannya di peringkat SEA, namun ia tidak dilakukan secara offline (LAN), tetapi secara online.

Mereka menyatakan yang pendaftaran untuk pusingan kelayakan PES masih belum dibuka.

Dalam kenyataan itu, mereka turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul, serta memohon untuk para pemain menunggu pengumuman rasmi dari mereka tentang perkara ini.

Melalui pengamatan kami, WESG akan menunggu PES 2019 untuk keluar terlebih dahulu memandangkan mereka mahu mengadakan pusingan kelayakan ini secara online, serta semasa Grand Finals WESG pada Mac 2019 nanti, game terkini PES adalah PES 2019.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gambar Acah Season 5 Fortnite Terbaru Memaparkan Kapak Seperti Yang Digunakan Kratos Dalam God of War

Akhirnya, Fortnite Battle Royale Dilancarkan Secara Rasmi Dalam PlayStation Store Asia (R3) Di PS4