WESG merupakan tournament esports antarabangsa yang telah dianjurkan selama beberapa tahun sebelum ini oleh Alisports, anak syarikat Alibaba Group yang dimiliki Jack Ma.
WESG edisi 2018-2019 ini yang dicanang sebagai acara “Olimpik Esports” terbesar akan berlangsung dari Julai 2018 – Mac 2019, melibatkan 38 buah negara dari rantau China, Jepun, AS, Kanada, Russia, Asia Tenggara dan Oceania. Pada tahun ini, jumlah prizepool WESG telah mencapai USD5.5 juta.
JomBaca: Air Asia Ajak Atlit Esports Lelaki & Wanita 38 Negara Sertai WESG, Tourney Ala Olimpik
Enam game akan dipertandingkan, iaitu DotA 2, CounterStrike: Global Offensive, Hearthstone, StarCraft II, Vainglory dan PES 2019. Untuk CS:GO dan Hearthstone, terdapat dua kategori, iaitu kumpulan umum (campuran) dan kumpulan wanita — menjadikan kesemua kategori yang ada ialah lapan kategori.
Ada sedikit kontroversi yang timbul sebelum ini melibatkan game PES apabila pusingan kelayakan tidak diumumkan untuk rantau Asia Tenggara, sehingga ada spekulasi yang muncul mengatakan pihak penganjur takut dengan prestasi baik yang ditunjukkan oleh para pemain PES di Asia Tenggara.
Walau bagaimanapun, pihak penganjur telah mengesahkan selepas itu yang untuk kelayakan di rantau ini, ia akan dianjurkan secara online.
Dan terbaru, mereka telah mengumumkan tarikh dan format pusingan kelayakan PES untuk rantau ini. Ia akan dianjurkan secara online melalui mode PES LEAGUE yang ada dalam PES 2019 (PS4 sahaja), pada 8 dan 9 Disember 2018.
Mereka turut berkongsikan screenshot yang memaparkan di bahagian manakah acara kelayakan ini, yang korang lihatnya di bawah:
Hanya 2 pemain dari rantau Asia Tenggara yang akan dibawakan ke WESG Grand Final yang akan diadakan di Shanghai, China pada Mac 2019 nanti — melengkapkan jumlah 20 pemain untuk PES 2019.
Hadiah kemenangan untuk kategori PES 2019 sahaja? Juara akan membawa pulang USD30,000, naib juara USD15,000 dan tempat ketiga USD7,500!
Untuk maklumat lanjut mengenai pusingan kelayakan PES 2019 untuk rantau Asia Tenggara ini, korang lawati laman web rasminya di sini.
Comments
Loading…