in ,

Welch Vineyard Kembali Ke Star Ocean 5 Pulak!

Jika anda peminat siri Star Ocean, anda mungkin mengenali watak gadis comel (atau annoying, ikut taste anda) ini yang bernama Welch Vineyard.

Dalam berita terbaru dari Famitsu, gadis yang membantu anda untuk craft items ini akan menemui anda di Star Ocean 5! Welch muncul dalam setiap siri Star Ocean, dan hanya menjadi playable character di game Star Ocean: First Departure dan Star Ocean: Second Evolution.

welch-vineyard-001 Nampaknya Welch akan kembali kepada skema warna asalnya iaitu rambut blonde dan baju birunya (hanya dalam Star Ocean 4, warna rambut Welch dan bajunya adalah berwarna ungu).

Welch nampaknya akan meneruskan legasi sebagai non-playable character, mempunyai kepakaran dalam item research dan membantu mengajar anda untuk craft items. Jika anda pernah bermain Star Ocean sebelum ini, anda pasti tahu bahawa crafting items adalah penting untuk mendapat senjata dan aksesori yang lebih awesome dan kuat untuk anda menghadapi musuh.

welch-vineyard-famitsu-scan-color-001

Star Ocean 5 : Integrity & Faithlessness bakal dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 untuk PS4 dan PS3, dan di NA/EU/Asia pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian pada tahun ini.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Bekerjasama Bersama Youtubers Terkenal Menghasilkan Live-Action The Division

Games Sony Awal Tahun 2016 Dengan Lagu ZokuZoku~!