Trailer terbaru We Happy Few, sebuah game pengembaraan surrealist dari Compulsion Games dan penerbit Gearbox akan dilancarkan pada 10 Ogos.
We Happy Few berlatar belakangkan di dalam dunia psikedelik, England versi fiksyen di mana pemain mesti terus hidup dalam persekitaran masyarakat yang hampir musnah. Ia merupakan sebuah kisah dystopian future untuk versi Perang Dunia Kedua yang lebih gelap, di mana kesan daripada peperangan tersebut masih dapat dirasai sehingga ke tahun 1960-an.
Terdapat juga pengaruh dari segi dadah, kombinasi survival, RPG dan elemen untuk bernavigasi di dalam dunia secara bebas.
We Happy Few telah berada di dalam Early Access untuk Xbox One dan Windows 10 PC selama lebih dari setahun. Versi pertama game itu dilancarkan pada bulan Julai 2016. Versi PlayStation 4 juga sedang dibangunkan, dengan Gearbox ditetapkan untuk menerbitkan pelancaran eksklusif untuk Xbox One.
Sumber: polygon
Comments
Loading…