in , , , , ,

Watch Dogs: Legion Keluarkan Trailer Resistance – Rekrut Sesiapa Saja Di Kota London

Ubisoft telah mengeluarkan sebuah trailer yang memfokuskan kepada Resistance yang ada dalam Watch Dogs: Legion. Jom layan:

Kita semua tahu apakah tarikan utama Watch Dogs: Legion — para pemain mampu merekrut sesiapa sahaja yang kita temui di kota London untuk masuk ke dalam Resistance, sebuah kumpulan yang mempunyai objektif untuk menumbangkan tentera upahan yang korup, kegiatan pemerdangan manusia dan pemerintahan kuku besi.

Dalam trailer ini, seperti yang telah diperlihatkan dalam gameplay sebelum ini, Ubisoft memaparkan bagaimana pemain boleh merekrut sesiapa sahaja NPC yang terlihat dalam game ini, termasuklah penggodam, pekerja buruh, malah seorang nenek yang sudah lanjut usia.

Watch Dogs: Legion akan dilancarkan pada 29 Oktober 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia, manakala akan dilancarkan ke PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan lagi.

JomBaca: Far Cry 6, Assassin’s Creed Valhalla Dan Watch Dogs: Legion Turut Ada Naiktaraf Percuma Dari PS4 Ke PS5

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
FIFA 21 Memperkenalkan FUT Co-Op, Tambahbaik Career Mode, Saksikan Trailer Pertama

FIFA 21 Memperkenalkan FUT Co-Op, Tambahbaik Career Mode, Saksikan Trailer Pertama

Semak Akaun Korang, Sony Sedang Beri Hadiah RM40 Ke Dalam Wallet PSN

Semak Akaun Korang, Sony Sedang Beri Hadiah RM40 Ke Dalam Wallet PSN