Menu
in , , , , ,

Watch Dogs: Legion Boleh Dimainkan Secara Percuma Hujung Minggu Ini, Juga Diskaun 50%

Ubisoft telah mengumumkan yang Watch Dogs: Legion akan boleh dimainkan secara percuma pada hujung minggu ini.

Dari 25 hingga 28 Mac ini, pemain di PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series boleh bermain game penuh Watch Dogs: Legion secara percuma.

Kedua-dua mode single-player dan online akan boleh dimainkan. Lebih menarik, semua progression akan dibawa sekiranya pemain membeli game penuh selepas tamat percubaan percuma ini.

Sama ada korang mencuba ataupun tidak pada hujung minggu ini, terdapat diskaun untuk game ini mengikut platform seperti di bawah:

Xbox: 12 Mac – 15 April – 50% diskaun untuk edisi Standard dan Ultimate.

PlayStation: 24-31 Mac – 50% diskaun untuk edisi Standard dan Ultimate serta 25% diskaun untuk season pass.

Ubisoft Store: 18 Mac – 9 April – 50% diskaun untuk edisi Standard, Gold & Ultimate, serta 25% diskaun untuk season pass.

Epic Games Store: 25 Mac – April 8 – 50% diskaun untuk edisi Standard, Gold & Ultimate, serta 25% diskaun untuk season pass.

Stadia: 25-29 Mac, 50% diskaun untuk edisi Standard, Gold & Ultimate serta 25% diskaun untuk season pass.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version