Khabar angin semakin bertiup kencang.

Sebuah akaun rasmi baru Watch Dogs UK (@WatchDogs_UK) telah muncul di Twitter. Akaun ini telah dicipta pada Mei 2019, tiada sebarang tweet dinaikkan, dan ia sememangnya akaun rasmi kerana telah mendapat “bluetick” yang telah disahkan. Setakat artikel ini ditulis, akaun ini hanya mempunyai 377 pengikut.

Apa yang menarik ialah, sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan Watch Dogs 3 bakal menggunakan latar belakang London, UK. Melihat daripada kewujudan akaun rasmi baru ini, ura-ura ini mungkin ada benarnya kerana ia adalah akaun untuk pemasaran di pasaran UK dengan latar belakang dalam game di UK.

Sekiranya Ubisoft ingin mengumumkan Watch Dogs 3 dalam masa terdekat, pastinya mereka akan dedahkannya di E3 2019 kerana pada tahun ini, sama seperti tahun-tahun sudah, Ubisoft akan mengumumkan game-game besar mereka di pentas itu.

Sama-sama kita nantikan.

JomKomen!