Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, penulis siri televisyen The Last of Us untuk HBO, Neil Druckmann telah mendedahkan beberapa watak wanita yang akan mewarnai siri tersebut.
Memetik tweet akaun rasmi HBO yang menampilkan beberapa watak wanita yang ada dalam program tv di HBO, Druckmann menambah bahawa kini senarai watak itu akan ditambah dengan watak-watak wanita dari The Last of Us seperti Ellie, Riley, Tess, Marlene, dan Maria.
Apa yang membuatkan lebih menarik perhatian adalah Druckmann mengacah seorang watak yang sengaja beliau tutup namanya, yang mempunyai empat huruf. Ini membuatkan ramai sudah mula berspekulasi siapakah watak wanita misteri yang namanya mempunyai empat huruf ini.
And now you have Ellie, Riley, Tess, Marlene, Maria, ⬜️⬜️⬜️⬜️, and a few others! 😉 https://t.co/GMozU0TaZE
— Dr. Uckmann (@Neil_Druckmann) March 8, 2020
Satu spekulasi yang kuat mengatakan wanita itu ialah ‘Mama’ atau ‘Anna’. Kami pernah menulis satu teori sebelum ini yang mengaitkan ibu kepada Ellie, Anna. Korang boleh bacanya di sini.
Adaptasi game berlatarbelakangkan pasca-apokalips ini akan mendapat kerjasama antara Craig Mazin, penulis untuk siri mini Chernobyl di HBO, dan Neil Druckmann, orang penting dari Naughty Dog yang menjadi penulis utama untuk game asal The Last of Us serta sekuelnya yang akan dikeluarkan pada tahun ini.
Siri TV The Last of Us ini merupakan karya pertama daripada PlayStation Productions, sebuah kumpulan penerbitan filem dan TV di bawah Sony Interactive Entertainment.
Buat masa ini, pembikinan siri TV ini masih lagi di peringkat awal, dan tiada waktu pelancaran didedahkan.
Comments
Loading…