Trailer Wasteland 3 akan membawakan korang untuk mengenali beberapa pihak di dunia pasca-apokaliptik Colorado.
Terdapat beberapa pihak diperkenalkan antaranya seperti Patriarch’s Marshal di mana tugas mereka adalah untuk menegakkan undang-undang, tetapi semuanya dikawal oleh golongan patriaki. Gippers yang menyembah Ronald Reagan dan mereka fikir semua orang ialah Komunis.
The Hundred Families yang mendakwa mereka menjadikan Colorado tempat yang lebih baik, tapi mementingkan keutamaan mereka sahaja. Pihak-pihak lain yang disebut ialah Refugees, Payasos, The Scar Collectors, Godfishers dan The “butchering” Dorseys.
Pemain boleh pilih pihak mana yang akan menentukan masa depan Colorado. Wasteland 3 akan dikeluarkan pada 28 Ogos 2020 untuk Xbox One, Xbox Game Pass, PS4, PC, Mac dan Linux.
Sumber: VG247
Comments
Loading…